PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua bekas pegawai kanan sebuah syarikat swasta industri getah semalam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM100,000 daripada kontraktor untuk mendapatkan projek pembelian mesin dan pembekalan barang.
Menurut sumber SPRM, lelaki berumur 45 dan 80-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.
Sumber itu berkata mereka dipercayai meminta daripada kontraktor wang suapan berjumlah kira-kira RM83,000 dan RM50,000 untuk kontraktor mendapatkan projek pembelian mesin pemotong serta barangan perindustrian getah antara 2019 hingga 2020.
Majistret Mohd Dinie Shazwan Shukor mengeluarkan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 12 Mei kepada lelaki berumur 80-an selepas SPRM membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.
Lelaki berumur 45 tahun itu pula direman selama empat hari bermula hari ini hingga 13 Mei.
Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Lelaki berumur 45 dan 80-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan. - Gambar hiasan
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
Lagenda Properties sahkan pengurusan kanan ditahan SPRM, saham merudum 29.52%
Lagenda Properties Bhd mengesahkan seorang pegawai pengurusanan kanan ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mei 2024.
Aseh harap isu 'surat layang' segera diselesaikan
Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat berkata ia perlu diselesaikan bagi memulihkan kredibiliti badan induk bola sepak negara itu.
Tukar status tanah rizab Melayu satu kesalahan - SPRM
SPRM menggesa mana-mana pihak untuk salurkan maklumat berhubung sebarang penyelewengan berkait penukaran status tanah rizab Melayu.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Empat anggota kastam didakwa terima rasuah kes lori barang lolos pemeriksaan
Empat anggota kastam didakwa menerima suapan antara RM1,200 hingga RM32300 berhubung kes melepaskan lori barangan tanpa sebarang pemeriksaan.
Najib cuba sekat siasatan SPRM terhadap 1MDB - Saksi
Mahkamah diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak telah cuba menyekat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 1MDB.
Tiada kes melibatkan suami Hannah Yeoh - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan sudah meneliti dan memeriksa hal berkaitan pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada Ramachandran, iaitu suami kepada Hannah Yeoh.
Jho Low catur operasi 1MDB - Saksi
Penyiasat SPRM bersetuju di Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low mencatur semua operasi dalam syarikat 1MDB.
‘Tiada kesalahan suami Hannah terima tender kerajaan Selangor’ - KP SPRM
SPRM mengesahkan kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada Kerajaan Selangor tidak mengandungi sebarang kesalahan.